Entri 45
Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: Carian Google
Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa janggal pula bila lama tak menulis di blog.
Balik kampung hampir seminggu, sempena aqiqah anak saudara, mengakhiri 2015 dengan meraikan ulangtahun perkahwinan ayahbonda tercinta. Ringkas namun penuh makna.
Apalagi, bila lihat mereka pandang memandang dengan senyuman yang sangat luhur, seolah memahami isi hati masing-masing. 37 tahun yang penuh pengalaman, yang penuh pengorbanan.
Syukur, terima kasih Abah terima kasih Ummi. You both are wonderful abahumi.
Ambil kesempatan yang ada ini, banyak sekali yang ingin disyukuri sepanjang 2015, tak mahu terlepas peluang mengucapkan terimakasih buat ahli keluarga, saudara, sahabat sahabiah teman sepengajian, teman kerjaya di Smk Padang Negara, Smk Batu Lintang, sarawak, Smk Munshi Abdullah melaka serta Smk Bud4 kl yang hanya sempat saya berkhidmat sekejapan cuma. Juga semua yang mengenali jauh juga dekat.
Terimakasih kepada sifu juga guru yang tidak jemu memberi kemahiran dan elmu yang berguna. Terima kasih Eiman Sifufesbuk #alumnifbads dan cikgu Anys Idayu Zakaria dan ahli #akademibekerjadirumah.
Semua leader-leader dan rania team Qaseh dan seluruh ahli keluarga Ana Edar.
Juga buat customer yang sentiasa bersama.
Dan kenalan projek beg sekolah yang melabuhkan tirai dengan jayanya memberi senyuman kepada anak anak memulakan sesi 2016.
Juga yang teristimewa buat pendidik serta ibu kepada anak-anakku, kak Habsah Mahat. Terimakasih atas kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan, Allah jua yang membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Terima kasih kepada semua kerana memberi inspirasi dalam banyak cara, menegur dengan penuh teladan.
Saya bersyukur mengenali anda semua. Sama ada yang saya titipkan di sini atau yang saya terlepas.
Saya doakan 2016 , dihadapi dengan lebih optimis.
Semoga 2016, memberikan azam dan halatuju yang lebih jelas dengan perancangan yg lebih baik.
Saya juga dengan rendah hati memohon maaf andai ada salah dan silap atas kekhilafan dengan sedar atau tanpa sedari saya.
Kepada anda yang membaca status ini, anda semua memang Ohsem.
Sekali lagi, terima kasih semua. Jazakallahu khairul jazak.
No comments:
Post a Comment