Pages

Monday 2 October 2017

Kebun Mini di Rumah.

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rasanya lama sudah saya tak menulis di blog. Hari ini, rasa "sedikit rajin" pula nak berkongsi aktiviti kami sekeluarga.

Asalnya, ini bukanlah hobi ciknor, tapi hobi encik suami. Tapi bila hari-hari tengok, jatuh cinta pula dengan anak-anak benih dan anak pokok yang setiap hari membesar dengan semangatnya.

Sebelum ini, memandangkan rumah kami tidak ada ruang tanah untuk bercucuk tanam, kebanyakan pokok-pokok, ditanam dalam pasu.

Semenjak berpindah, dan ada sedikit ruang tanah, semangat suami berkebun di rumah baru kami. Hari-hari duk fikir, nak tanam pokok apa. Bermula sayur-sayur hingga ke buah-buahan.

Kadang-kadang bila ke pasar borong, suami mesti menyinggah ke pasar tani sebelah. Membeli biji benih atau anak-anak pokok.

Semestinya bila dah berkebun ni, pokok yang membuahkan hasil adalah pokok yang selalu dibelek-belek nak tunggu berbunga dan buahnya.  Namun, untuk permulaan ini, pokok-pokok yang kami baru tanam adalah seperti pokok pisang, betik, limau kasturi, bendi, cili, dan pokok-pokok bunga.


Antara pokok-pokok ini, yang paling cepat berbuah adalah pokok bendi, dan sekejap saje dah boleh petik hasilnya. Mula-mula, ceknor sayang nak petik, tunggu lama sikit bagi besar sikit, tapi rupanya lagi lama tunggu bila dah besar, isinya jadi tua dan agak keras. Jadi, bila dah tau tu, nampak je dah bertunas bendi tu, tunggu berbuah kami cepat-cepat petik. Boleh celur, buat ulam, goreng pun sedap.

Selain itu, pokok-pokok bunga yang comel-comel, ada juga suami tanam. Cuma, pokok bunga agak cerewet penjagaannya.

Mula-mula memang tak yakin nak bercucuk tanam ni, sebab pengalaman lepas-lepas, selalu tak menjadi, tapi alhamdulillah sikit-sikit belajar, cari dari google, buku-buku dan bertanya orang..menjadi juga akhirnya pokok-pokok yang kami tanam.

Tengok pokok-pokok ini membesar, kemudian berbunga dan ada yang berbuah, subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. Dari biji benih sekecik biji saga, membesar jadi pokok yang memberi hasil . Tengok menghijau keliling pagar rumah, tenang je tengok.

Bila dah tanam pokok ni, tak sabar pula nak makan hasilnya…haha..ada yang cepat berhasil, ada juga yang lambat. Melatih kesabaran gitu. Sayur-sayur menjalar, ada juga kami tanam. Sayur-sayuran terpilih. Yang selalu digunakan dalam masakan seperti cili padi, cili, serai, dan daun pandan. Ha,daun pandan ni, jiran kami bagi masa mula-mula pindah ke sini. Acik Fibby namanya. Seronok beliau berkongsi tips berkebun, dan beliau adalah orang yang banyak berkongsi dengan kami tips nak menanam. Ada juga acik Fibby bagi pokok kari dan pokok bunga.

Kebun mini kami masih belum lengkap. Rasa macam banyak je pokok n sayur nak tanam. tapi memandangkan kami baru belajar, jadi belajar tanam pokok yang perlu je la dulu. Pokok hiasan seperti bunga-bunga yang manja-manja, buat masa ini kami tengah gali ilmu lagi.

Sambil duk menulis ni, dah masuk waktu Asar dah pun, nanti in sha Allah, saya kongsi lagi baja, teknik dan biji benih yang kami guna.

Assalamualaikum.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment