Pages

Friday 28 August 2015

Satay Kajang Pilihan Hati

Entri 2

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: NORUL KHAIRIAH IDRIS

Malam ni saya agak kehabisan idea untuk menulis. Tapi saya fikir kalau bukan sekarang bila lagi. Kalau bukan saya,siapa lagi? Kalau suka skip menulis nanti idea tu takkan datang. Jadi, saya teruskan juga rutin ini supaya menjadi kebiasaan. InshaAllah nor, nor boleh. Untuk disiplinkan diri mesti bermula dengan perkara kecil. Dan pula ini blog penulisan,kalau bukan saya sendiri yang menulis, siapa lagi. :-)

Jam pun dah menunjukkan 10.20 malam. Esok hari minggu. Sementara menemani suami dan anak-anak menonton movie ( televisyen di rumah saje), saya pun luangkan masa untuk berkongsi sesuatu dengan ibu-ibu yang hebat semua.

Alhamdulillah dinner tadi makan satay kajang Hj Samuri.suami yang pulang dari event di Bangi tak lupa membeli buah tangan untuk ku dan anak-anak. Syukur alhamdulillah. Kenyang sudah.

Hehe..gambar wrapping je tinggal. Boleh belajar marketing dari hj samuri ni. Penjenamaan tu penting dan jangan lupa kualiti dan servis mesti tip top la kan.:-)

Alhamdulillah, antara petua dan tips yang selalu kami amalkan. Membelikan buah tangan untuk keluarga bila balik dari kerja. Terutama bila Abah mereka ada tugas luar pejabat dan pulang agak lewat dari kebiasaan. Tak perlu yang mahal, atau yang besar. Anak-anak ni mereka hanya rindu dan mahu diingati. Kadang-kadang bila tengok abah nya dah sampai melompat-lompat mereka gembira. Bila abah cakap ada hadiah,dan layan mereka makan aiskrim, seronoknya dapat hadiah lagi.

Oklah. Setakat ini dulu untuk malam ni. Selamat malam ye. Maafkan diri dan orang lain sebelum tidur.Semoga hari esok, kita bangun lebih tenang dan optimis.

Salam Qaseh dan Salam sayang daripada saya, Norul Khairiah Idris. Ahli keluarga ABDR.


                                                      

Sertai kami di Akademi ini untuk mempelajari asas membina blog penulisan dan bisnes. Terbuka kepada semua yang mahu mempunyai blog dan menjana pendapatan. Sertai kami, pendaftaran sedang berlangsung.Hubungi saya di email: norulkhairiah@gmail.com
SMS/ Whatsapp 019-9195693

Thursday 27 August 2015

Salam Perkenalan

Entri 1

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: CARIAN GOOGLE


Assalamualaikum Warahmatullahi waBaroqatuh dan salam sejahtera buat  kenalan yang positif dan optimis selalu.

Alhamdulillah, syukur dengan izin-Nya, bermula lah langkah pertama saya untuk menulis dan berkongsi pandangan, pengalaman serta critera saya dengan anda  melalui penulisan blog. Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk mempunyai blog sendiri, namun hasrat itu tertunda bagi memberi tumpuan kepada pembelajaran dan karier pada masa itu.

Alhamdulillah melalui perkongsian puan Arbee Ali teman bisnes yang konsisten berkongsi manfaat melalui blog, saya terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut mengenai  Akademi Bekerja Dari Rumah ( ABDR) Melalui tunjuk ajar yang mudah daripada Cikgu Anies, kini bermulalah permulaan baru bagi saya yang begitu memberi saya inspirasi untuk menulis.

Ya, langkah pertama pasti tidak sempurna, namun saya yakin jika niat kita ikhlas dan matlamat kita jelas, langkah seterusnya akan jadi lebih baik dan tersusun. Dengan izin-Nya, moga dengan adanya laman blog ini, saya dapat berkongsi pengalaman kisah hidup saya sebagai anak, kini isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata. Di samping itu juga, saya ingin berkongsi minat saya dalam bidang perniagaan online, masakan, asas jahitan, dekorasi rumah, berkebun dan juga ilmu parenting. Oklah, nanti saya sambung lagi minat saya di entri akan datang ye.

Jadi, sebagai permulaan salam perkenalan, saya Norul Khairiah Idris merupakan  anak keempat dalam keluarga besar. Dilahirkan di Jerteh, Terengganu. Kini menetap di Kuala Lumpur . Alhamdulillah, setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2009, kami telah dikurniakan sepasang cahaya mata anugerah Ilahi yang diberi nama Wan Muhammad Iman (5tahun)  dan Wan Aisyah Sufiah (2tahun). Merupakan isteri serta surirumah bekerja dari rumah dengan menjalankan bisnes online, saya banyak berkongsi minat saya tentang kelebihan makanan sunnah dalam page www.facebook.com/QasehSunnahdiet. Sangat gembira bila dapat membantu ibu-ibu semakin sihat apabila mula mengamalkan makanan sunnah.

Saya mendapat pendidikan awal di SK Seri Budiman, kemudian menyambung pembelajaran di SMA (A) Sultan Zainal Abidin memberi saya pengalaman yang bermakna sebagai remaja yang perlu berdikari kerana SMA Zainal Abidin adalah sebuah sekolah berasrama penuh. Menetap di asrama seawal usia 13 tahun bukanlah suatu yang menyeronokkan namun ia pengalaman sangat bermakna untuk dikenang. Sampai di sini dahulu, cerita sejarah pendidikan saya nanti kita sambung lagi ye.

Sebelum nekad mengambil keputusan untuk menjadi Pengurus Rumahtangga, saya telah berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan siswazah selama 6 tahun. Dari Kuching ke Melaka, kemudian menamatkan perkhidmatan di Kuala Lumpur, ada cerita suka duka yang pasti ingin saya kongsi bersama anda di kesempatan akan datang. Ya, bukan mudah meninggalkan kerjaya yang dicintai tapi apabila melihat anak-anak sedang membesar, setiap hari saya keluar bekerja dengan hati yang meronta untuk membesarkan mereka di depan mata.Saya yakin setiap ibu juga merasakan perkara yang sama, dan setiap ibu ada sebab kukuh untuk memilih berkerjaya atau tidak. Yang penting, kita adalah ibu.

Akhirnya, selepas berfikir sedalam-dalamnya dan berbincang dengan suami serta keluarga,  tahun 2015 sahlah saya menjadi surirumah yang komited membina perniagaan dari rumah. Sokongan suami dan keluarga benar-benar memberi kekuatan kepada saya untuk melakukan perubahan 360 darjah tanpa menoleh ke belakang lagi.


Syukur  Alhamdulillah, melalui keluarga ABDR, saya bertemu dengan ibu-ibu yang telah melalui pengalaman yang hebat sebagai suri rumahtangga juga suri berkerjaya, Hasrat saya, ,melalui keluarga besar ini, saya akan terus dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat serta mengambil pengalaman untuk dijadikan tips yang berguna. Semoga minat saya dalam bidang pendidikan dapat diteruskan dengan berkongsi ilmu dengan lebih ramai lagi melalui penulisan dan perkongsian ilmu.

Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk saya membina impian dan menjadikan ia suatu kenyataan..