Pages

Tuesday 24 November 2015

Kelebihan Buah Zaitun

Entri 40

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto :NORUL KHAIRIAH IDRIS
Apa khabar sahabat, teman dan rakan semua? Yang jauh juga yang dekat. Yang mengenali juga yang baru ingin mengenali.

Saya doakan anda sentiasa bahagia dan ceria. Hari ini, saya nak kongsi kelebihan buah zaitun.

Dalam al-Quran, Allah berfirman dengan buah zaitun dalam surah at-Tiin. Pasti ada tersembunyi kebaikan yang banyak di dalamnya sehingga disebut di dalam al-Quran.

Jom kita lihat asal-usulnya dulu. Dah kenal, barulah nanti anda akan sukakannya.

Zaitun adalah merupakan sejenis spesis daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir.

Sudut Pandangan Sains Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi.

Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Minyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.

Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing. Minyak Zaitun Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit. Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
 “ Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) ” .

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
 “ ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api."

Daun dan batang zaitun

Daun zaitun bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia. Masyarakat Timur Tengah telah mengamalkan meminum teh daun zaitun sejak berabad yang lalu untuk merawat batuk, sakit tekak, demam, dan gout.

Ibnu Qayyim juga menjelaskan bahawa daun zaitun boleh merawat luka dan gatal-gatal. Pendek kata, daun zaitun bersifat antibiotik. Oleh yang demikian, pengambilan daun zaitun mestilah mengikut dos tertentu. 

Batang zaitun pula boleh dibuat perabot. Malah ada juga tasbih yang diperbuat daripada kayu zaitun. Tasbih daripada kayu zaitun ini kelihatan agak berminyak dan agak harum. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah di alam ini ada manfaat bagi manusia.

Bagi anda yang gemar makan piza, pilihlah yang ditabur dengan zaitun. Ingat! Zaitun amat berkhasiat. Untuk mendapat rambut yang sihat dan lebat pula, gunalah minyak zaitun untuk mendandan rambut dan urut di kepala.

Sekian dulu perkongsian kali ini, jumpa lagi.

Monday 16 November 2015

Muafakat Dengan Diri

Entri 39

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto : NORUL KHAIRIAH IDRIS



MUAFAKAT
__________

Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan.

#kempen1Family1SetFamilyQaseh
#sihatgayaQaseh
#lovesunnahPracticeSunnah


Panel Syariah Ana Edar

Entri 38

Teks : NORUL KHAIRIAH IDRIS

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Berurusniagalah dengan yakin, dan amanah.


Kini, rasmilah termeterai pengiktirafan Ana Edar telah menepati dan melalui proses penarafan pelan pemasaran Patuh Syariah oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Semoga urusniaga yang kita jalankan diberkati oleh Allah S.W.T. 

Sunday 15 November 2015

Amalan pemakanan sunnah untuk seisi keluarga

Entri 37

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: NORUL KHAIRIAH IDRIS



Alhamdulillah, 

Alhamdulillah,

Dan Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah yang memberi kurnia, Allah yang mengizinkan setiap sesuatu.

Syukur pada-Nya yang memakbulkan setiap doa dan hajat hamba yang meminta.

Hari ini, genaplah hampir dua tahun, saya menjalankan perniagaan secara online dalam usaha menggalakkan masyarakat membudayakan pemakanan sunnah.

Setiap hari, semakin ramai pengguna sama ada di kalangan saudara dan kenalan mula memberi testimoni positif apabila mula mengamalkan pemakanan yang sihat dan baik.

Mengambil pendekatan, mencegah lebih mudah dari merawat, saya mula beroperasi secara online melalui fanpage bagi berkongsi khasiat pemakanan sunnah yang sememangnya baik untuk kesihatan. 

Alhamdulillah, kepuasan saya dapat, apabila ramai pengguna berkongsi bahawa mereka kini lebih sihat, aktif ,bertenaga serta boleh mengurangkan pergantungan kepada ubat.

Semoga usaha ini sentiasa diberkati olehNya dan lebih ramai keluarga yang mencapai kualiti kesihatan yang lebih baik berkat amalan pemakanan sunnah dalam keluarga.

Ikuti maklumat lanjut di page saya: www.facebook.com/QasehSunnahdiet
Atau boleh hubungi saya di no 019.919.5693 untuk konsultansi.

Wednesday 11 November 2015

Testimoni Hamil Selepas Konsisten Amalkan Qaseh

Entri 36

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: Team Qaseh



Alhamdulillah. Hari ini, Nor nak kongsi testimoni dari seorang pengguna Qaseh Gold.

Syukur 😉

#SetHamil
#QasehKekanda_Adinda_Sole

Kita berikhtiar, Allah jua yang Mengurnia dan Menentukan.

Rebut peluang niaga dengan Pakej Ekonomi

Entri 35

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto : NORUL KHAIRIAH IDRIS

Wah wah.

BERITA BAIK!! 📣📣

Kepada mereka yang dah lama mengintai peluang untuk join bisnes Qaseh.

Untuk yang berminat menjadi RAKAN NIAGA @ ahli #AnaEdar, inilah masanya memulakan langkah. Anda pasti tidak akan melepaskan peluang istimewa ini.

Kami perkenalkan PAKEJ EKONOMI untuk ANDA yang mempunyai modal yang terhad.

APA YANG ANDA DAPAT DENGAN PAKEJ EKONOMI?

 ðŸŒ¸Pakej Ekonomi🌸

✔ 1 Qaseh Gold Kekanda
✔ 1 Qaseh Gold Adinda
✔ 1 Qaseh Gold Junior
✔ 1 Qaseh Gold Premier
✔ 1 Gojes By Qaseh Gold
✔ 1 Sales Kit
✔ 1 Buku 100 Client
✔ FREE Flyers


BERAPA?

HANYA RM450 SAHAJA!

📱Whatsapp NOR 019.919.5693 @ PM sahaja 😉😉

#PakejEkonomi #RakanNiagaDiPerlukan #TheWayToGo #BeraniBerubah #JihadEkonomi

DIA Maha TAHU

Entri 34

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: carian google



SELAMAT MALAM
_________________

Percaya lah,  DIA Maha Tahu.

♢CIPTA♢PERCAYA ♢CAPAI

Tuesday 10 November 2015

Pelaburan Bijak untuk Kesihatan Keluarga

Entri 33

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto : NORUL KHAIRIAH IDRIS


Mudahnya AMALKAN Qasehgold, lengkap untuk keperluan seisi keluarga.

Seronoknya dapat KONGSI kebaikan Qasehgold, mana taknya bila suami isteri makin sayang menyayangi, ibuayah makin cergas dan sihat, anak-anak pula cergas dan cepat sihat dari demam, batuk dan selsema.

Senang pula nak JUAL Qasehgold ni, ramai yang cakap saudara2, kawan di pejabat dah amal Qaseh, berkongsi manfaat Qaseh.Jadi order dengan kami sebab ada yang nak COD, ada yang nak self pick-up,pos pun boleh. Ramai yang ingin amalkan pemakanan sunnah.

Alhamdulillah,syarikat kini sentiasa menyediakan platform untuk lebih ramai menambah ilmu tentang pemakanan sunnah, kebaikan produk dan latihan perniagaan.

Anda NAK bersama jadi agen dropship dan rakaniaga.Peluang sentiasa terbuka bagi mereka yang betul-betul serius MAHU:

》jana pendapatan dengan Qasehgold
》bebas hutang dengan pendapatan Qaseh
》jadi usahawan berjaya melalui Qasehgold
》berniaga bersama team kami
》budayakan keluarga dan masyarakat dengan amalan pemakanan yang baik
》memilih perniagaan yang melantik Panel audit Patuh Syariah Dr. Zaharuddin.

Bersama kami hari ini! ANDA akan dibantu hingga berjaya!

dengan syarat ANDA betul-betul Mahu> < bukan mahu gitu-gitu aje ye.

WA 019.9195693


PELAN PEMASARAN PATUH SYARIAH

Entri 32

Alhamdulillah

Panel Patuh Syariah Ana Edar Sdn Bhd, Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Komitmen syarikat untuk memastikan urusniaga yang dijalankan mematuhi dan menepati Baraqah Practice.

Semoga usaha ini diberkati dan memberi kefahaman kepada semua bahawa barakah bukan sahaja pada produk, tetapi juga dalam urusniaga keseluruhannya.

#qasehgold
#untuksemua
#konsultanQaseh
#Qaseh_RahsiaKeluargaSihat

Sunday 8 November 2015

Rawat Gastrik dengan Pemakanan Sunnah

Entri 31

[ Anda penghidap gastrik? ]

Jom..ketahui punca-puncanya..

Bagaimana penyakit gastrik terjadi ?

TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ulser. Dan hanya satu cara menyembuhkan ulser iaitu melalui pembedahan. Risau pula mendengarnya.

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghadam bahan-bahan makanan.

Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghadam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghadamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging.

Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.

 Adakah pesakit gastrik tidak boleh sembuh ?
_______________________________________________

Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul.


“Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.

Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit.

Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat mejoritinya disebabkan oleh , amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok. Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik.

Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.

Rawat gastrik dan berikhtiar memperbaiki corak pemakanan. Amalkan #qasehgold untuk ikhtiar sihat tanpa ubat.



WA》 019.919.5693

Friday 6 November 2015

PROJEK BEG SEKOLAH 2015/2016

Entri 30

[ PROJEK BEG SEKOLAH]



Assalamualaikum buat saudaraku dan kawan-kawan yang dikasihi semua.

Nor ingin war warkan dan menjemput kawan-kawan yang ingin bersama-sama dalam #projekbegsekolah.

Projek ini dianjurkan bersama puan Salwa Mohd Saleh dan team bagi membantu ibubapa meringankan kos perbelanjaan sesi persekolahan 2016.
Juga membantu mereka yang memerlukan.

Kepada yang berminat bersama kami menjadi focal person di kawasan anda, pm Nor ye @ tinggalkan no phone anda di ruangan komen. Nor akan update penganjur dan invite anda dlm group untuk detail dan guideline projek.

InshaAllah, pengumpulan beg sekolah baru dan beg preloved bermula hari ini sehingga 13 Disember 2015. Selepas 13 Disember kita akan agihkan kepada keluarga yang memerlukan.

Bersama kami membantu dengan:

1-Like page  Projek Beg Sekolah
2-war-warkan kepada kawan-kawan ye.

Sama-sama kita membantu anak-anak bersedia untuk sesi persekolahan akan datang.

Bersama kami dalam #projekbegsekolah #focalperson #bandarsridamansara #loveforall

Hubungi saya, Nor 019.919.5693

Like~> https://m.facebook.com/profile.php?id=674653259336047

Thursday 5 November 2015

IMPIAN UNTUK BERJAYA

Entri 29

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: NORUL KHAIRIAH IDRIS

[ IMPIAN UNTUK BERJAYA]

Assalamualaikum sahabat fb ku yang positif semua.

Memulakan setiap pagi dengan rasa SYUKUR buat yang Maha Pencipta.

Nama diberi Norul Khairiah Idris, isteri kepada Wan Mujtahiddin Muhammad​. Juga ibu kepada dua cahaya hati. Namaku telah dipilih dan dihadiahkan oleh ayahanda Idris bin Che Mat juga ibunda Halimah @ Khadijah Ali. 

Alhamdulillah, sehingga hari ini detik ini,syukur Allah telah mengurniakan sebaik-baik kurniaNya kepada hamba yang kerdil ini.

Setelah disemak catatan impian beberapa tahun yang lalu, betapa banyaknya yang telah Dia izinkan ku capai impian satu demi satu.

Ternyata itu semua, tiada upaya mampu digapai melainkan dengan izin dan rahmatNya. 

Kini, setiap hari masih menulis dan mencatat impian yang ingin dicapai. Selagi masih diberi kesempatan itu.

Alhamdulillah, bermula 2013 bersama team di Ana Edar, saya mengimpikan untuk membantu lebih ramai mencapai kualiti kesihatan yang lebih baik. Semoga lebih banyak kebaikan yang dapat diperolehi apabila mengamalkan #qasehgold dalam keluarga.



Kini bergabung bersama ahli #AkademiBekerjaDiRumah membuka peluang berkongsi kisah inspirasi wanita dan ibu-ibu untuk capai apa yang diimpikan serta bantu lebih ramai wanita mencapai kejayaan yang diimpikan.

Doakan kawan-kawan, agar impian saya dan impian anda semua dipermudahkan dan dicapai pada waktu tepat yang diizinkanNya, Amin

#konsultanQaseh
#raniaQaseh
#Qaseh_RahsiaKeluargaSihat

Anda ingin menjana pendapatan dari rumah, hubungi saya Nor 019.919.5693 @ hubungi saya di page Qaseh-Rahsia Keluarga Sihat
Semua Orang Layak Berjaya