Pages

Thursday 3 September 2015

Jelajah Masjid

Entri 4

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: CARIAN GOOGLE

Jelajah Merdeka
=============

Sempena Merdeka, kebetulan waktu ini kami sekeluarga berada di Penang. Apabila masuk waktu solat maghrib, kami berhenti solat dan melihat keindahan rumah Allah di sini.

Justeru, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi sejarah sebuah masjid yang cantik berdekatan padang Kota Lama Penang.

Alhamdulillah, Malaysia masih aman dan makmur.

Inilah salah sebuah masjid di Pulau Pinang Masjid Kapitan Keling.

-masjid ini dinamakan kapitan keling kerana masjid ini diasaskan oleh sekumpulan tentera British yang berasal dari India.


-Kapitan pula bermaksud Kapten. Hari ini, dapat ilmu baru bahawa kapitan itu rupanya bermaksud Kapten.

Sebelum ni,pernah makan di restoran kapitan berdekatan masjid ini, tak tahu pula kapitan itu dirujuk kepada kapten.

Belajar tentang sejarah hari ini. Tentu besar maknanya sejarah penubuhan masjid ini kepada warga penduduk di sini.

Alhamdulillah, di Malaysia hampir di setiap daerah terdapat masjid. Ini memudahkan mereka yang bermusafir untuk singgah solat dan berehat.

Ini dia Masjid Kapitan Keling. Cantik kan?

No comments:

Post a Comment