Teks : NORUL KHAIRIAH IDRIS
Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda serta para sahabat yang tercinta. Setiap kali menyebut nama baginda dengan setulus ingatan, airmata rindu pasti bertamu.
Mengimbau kenangan lama, Alhamdulillah, gesaan ummi supaya mengikuti kelas jahitan lebih kurang 10 tahun yang lalu, kini benar-benar memberi "kepuasan" yang tidak dapat digambarkan bila mampu jahitkan baju iman, tudung, telekung dan seluar comel untuk aisyah.
Alhamdulillah berjaya menyiapkan telekung dan tudung untuk aisyah sebelum Aidilfitri tempoh hari. Seronok bila lihat anakanda mengenakan telekung solatnya bila kami solat berjemaah.
Dan sudah pasti Ummi juga adalah insan terawal yang dapat hadiah hasil jahitanku.
Sangat bersyukur dan berterima kasih dengan ilmu yang kak Aishah (cikgu jahitan) turunkan.
Kelas berjalan lebih kurang sebulan..Dan yuran pada masa tu hanya Rm5. Memang rasa kerdil diri dibandingkan dengan keikhlasan cikgu aishah menurunkan ilmunya. Katanya mahu bantu lebih ramai buat bisnes dengan kemahiran jahitan.
Kini,ilmu dari cikgu Aishah mama hadiahkan pula buat Aisyah. Alhamdulillah inilah, antara hasil yang tulus dari ibu yang masih bertatih menjahit untuk anak-anaknya. Semoga, selepas ini, kemahiran dapat diasah dan jahitan yang lebih baik dapat dihasilkan. Amin.
No comments:
Post a Comment