Pages

Wednesday 30 September 2015

Sebarkan manfaat Qaseh di Pantai Timur

Entri 14

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: NORUL KHAIRIAH IDRIS

BUAT WARGA TERENGGANU
______________________________

Berita gembira buat pengguna Qaseh di Terengganu, terutamanya di sekitar Dungun.

Kini, Anda boleh dapatkan Qaseh anda di Fadhil I-Deal Halal Mart. Boleh klik di sini untuk mengetahui lokasi kedai https://m.facebook.com/idealhalalmartdungun.
Gambar sekadar hiasan.


Alhamdulillah, sebarkan manfaat Qaseh ke pantai timur.
Dapatkannya dari mereka, juga makanan sunnah lain yang halal lagi baik.

Stok yang masih ada Qaseh Kekanda, Qaseh Adinda dan Qaseh Junior.

Jika ingin dapatkan Qaseh Premier, Qaseh Gojes, Sole, Serum dan lain-lain keluaran Ana Edar, boleh preorder dan kami sedia membantu. Cik puan Fatanah Abdullah sedia berkongsi dengan anda.

#SEPT25KSD
#Kamiamalkamijual
#sebarkanManfaatQaseh
#sihat1keluarga
#healthmaintenanceproduct


Tuesday 29 September 2015

MENJAYAKAN PENYUSUAN BAYI ANDA

Entri 13

Teks: Norul Khairiah Idris
Foto: Network Qaseh



Menjadi impian seorang ibu selepas melahirkan bayi mereka, untuk memberikan susu ibu kepada anak tersayang. Jika di dalam kandungan, bayi bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk menerima segala nutrisi yang diperlukan untuk tumbesarannya.

Sebaik lahir, organ si kecil masih belum terbentuk dengan sempurna. Justeru hanya susu ibu adalah makanan awal terbaik yang sesuai dengan organ penghadaman bayi. Memang ada ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya atas faktor-faktor tertentu yang menghalang dia daripada menyusukan si comel tetapi seperti diketahui umum susu ibu adalah susu paling sempurna untuk bayi kerana khasiatnya yang sangat kompleks.

Antara masalah yang menghalang ibu daripada menyusukan bayinya adalah jumlah susu yang tidak mencukupi bahkan selepas dipam sekalipun, kuantiti susu yang keluar hanya sedikit sahaja. Beberapa langkah perlu dilakukan oleh ibu menyusu sekiranya mahu terus susu yang dihasilkan cukup untuk diberikan kepada si kecil. Antara langkah yang paling mudah iaitu menjaga pemakanan. Makan makanan yang kaya dengan khasiat agar ia menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Ada beberapa jenis makanan yang dikatakan boleh meningkatkat pengeluaran susu ibu. Ibu disarankan mengelakkan pengambilan makanan pedas kerana ia memberikan kesan kepada penghasilan susu yang mengakibatkan bayi susah menghadamnya.

Berikut adalah senarai makanan yang disarankan kepada ibu menyusu agar meningkatkan penghasilan susu ibu.

♥Pelbagai sayur-sayuran♥

Ia sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi ibu menyusu bayi. Sayuran yang digalakkan adalah brokoli, sawi putih dan lobak putih.

♥Buah-buahan♥

Selain sayur-sayuran, buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan sumber kalori sihat kepada ibu. Buah seperti epal, oren, betik dan bermacam lagi boleh dimakan setiap hari.

♥Bijirin♥

Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dan penting untuk meningkatkan bekalan air susu.

♥Buah-buahan kering♥

Buah-buahan kering seperti kismis, kurma, apricot,  secara tradisional biasanya diberikan kepada ibu menyusu kerana kandungan kalorinya yang cukup tinggi. Ia membantu meningkatkan kalori di dalam badan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu ibu.

♥Ikan♥

Ikan dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.  Ikan kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk badan. Anda boleh mempelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan bagi membuka selera ketika makan.

♥Produk tenusu♥

Seperti sedia maklum, produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, mentega membantu melancarakan penghasilan susu ibu.

♥Teh herba♥

Minuman teh dengan perisa chamomile atau peppermint lebih baik berbanding minuman lain. Ibu menyusu perlu mengelakkan minuman bersoda atau yang mengandungi bahan pengawet.

Selain daripada mengambil pemakanan sihat, ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payu dara bagi membolehkan pengeluaran susu lebih meriah..

===================
QASEH GOLD ADINDA
===================
Membantu menyokong penyusuan anda kerana:

Qaseh Gold Adinda merupakan Minuman Kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma,Madu,Hababtus Sauda',Buah Tiin,Zaitun,Delima & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan Gam Arab sebagai prebiotik semulajadi & herba tradisi seperti Za'faran, Ginkgo & Sireh. Juga herba khusus untuk wanita Passiflora, Pegaga & Manjakani.

Qaseh Gold Adinda Membantu Wanita seperti:
----------------------------------------------------
1- Membekalkan tenaga yang berpanjangan
2- Menguatkan sistem imun
3- Melancarkan peredaran darah
4- Membantu perbanyakkan susu ibu
5- Menstabilkan hormon
6- Menstabilkan mood
7- Mencerdaskan minda
8-Melawaskan pembuangan
9- Mempercepatkan proses penyembuhan
10- Mengawal tekanan darah
11- Menaikkan seri wajah
12- Awet muda

Qaseh Gold Adinda Mengatasi Masalah Wanita seperti:
--------------------------------------------------------------
1- Keletihan/Kelesuan
2- Batuk/Sakit tekak
3- Selsema
4- Asma
5- Gastrik
6- Gout
7- Migrain
8- Buasir
9- Resdung
10- Sembelit
11- Tekanan darah tinggi
12- Masalah wanita seperti keputihan dan haid tidak teratur
13- Membantu kesuburan dan kesihatan rahim wanita
14- Kurang keinginan seksual
15- Anemia
16- Kebas-kebas ringan
17- Masalah susah tidur
18- Sakit sendi
19- Sakit tumit
20- Stress

Khasiat tambahan qaseh juga terbukti:

:: Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
:: Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
:: Menyegarkan badan dan mengurangi rasa mengantuk
:: Menghilangkan letih lesu badan
:: Mengatur tekanan darah dan melancarkan pengaliran
:: Membantu memberi ketahanan badan dari penyakit seperti kardiovaskular dan kanser
:: Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migraine
:: Menghalang makan berlebihan dengan mengurangi rasa lapar serta selera makan
:: Mengandungi anti oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas
:: Memberi tenaga sepanjang harian
:: Merawat 1001 jenis penyakit
:: Cara pengambilan yg mudah 2 sudu pagi semasa perut kosong dan 2 sudu malam sblm tidur..
:: Diikuti dengan niat...

♥100% produk muslim bumiputera
♥mendapat pengiktirafan IMP.

====================
BERMINAT UTK ORDER
====================
Sila :
》PM page kami
》sms/whatsapp 0199195693 (untuk respon segera)

Monday 28 September 2015

Jana Pendapatan Melalui Qaseh

Entri 12

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: NORUL KHAIRIAH IDRIS

Assalamualaikum.
Apa khabar semua. Didoakan semoga Anda semua dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia selalu. InshaAllah kebahagiaan itu milik semua.

Sudah agak lama juga, saya tidak menulis. Rasa rindu itu bertamu ingin berkongsi dengan semua.

Hari ini Nor nak kongsi dengan anda semua bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui bisnes Qaseh. Sebelum ini, ramai yang menghantar private message bertanyakan bagaimana ingin mulakan bisnes Qaseh.


Terima kasih sebab bertanyakan tentang Qaseh sebagai 1 platform untuk menjana pendapatan anda.
____________________________________________________________

Kita bermula dengan pengenalan syarikat.

Qaseh Gold adalah dibawah Syarikat Ana Edar dan ditubuhkan pada 1983. Syarikat yang sudah lama dan masih boleh bertahan sampai sekarang.



Anda berminat dengan Qaseh? Tapi..
💥 Tak ada modal
💥 Tak pandai nak buat marketing
💥 Tak tau nak mula dari mana
💥 TAKUT...barang tak laku...

Tapi.. tapi dan tapi

Ramai yang bertanya:
🍀Boleh ke dari Qaseh dapat duit?
🍀Boleh ke jadi jutawan dalam Qaseh?
🍀Boleh ke barang ni dikomersialkan?
🍀Ada ke orang nak beli?

Boleh ke.boleh ke.boleh ke..

Apa kata kite buang jauh-jauh perkataan
TAPI TAPI dan BOLEH KE?

Kita jadi positif, kita tukar pada SAYA YAKIN.SAYA YAKIN.



Baiklah kita bermula dengan 'macam mana saya nak mula?'

🐝MACAM MANA NAK MULA
🐝MACAM MANA SAYA NAK BUAT

=============================

Kami dah buat 1 sistem yang sangat cantik untuk anda menjana angka rm10k dalam masa 3 bulan. Tapi cabaran dia pun hebat.

PERTAMA, untungnya bersama kami sebab kami dah sediakan track, anda perlu follow track kami...

Tak kan goyang kaki dapat 10k betul tak?

Selain daripada keuntungan runcit yg Tuan/Puan dapat hasil jualan peribadi, Tuan/Puan juga berpeluang menikmati bonus-bonus yang syarikat tetapkan berdasarkan jualan peribadi dan kumpulan. Antara bonus bonus nya :

🍄BONUS PRESTASI
🍄BONUS GENERASI
🍄BONUS SAHAM
🍄BONUS JEMAAH INFINITI


Tuan/Puan juga berpeluang menghadiri program program yang di anjurkan oleh pihak Ana Edar Sdn Bhd seperti Coaching Class, Nutrition Class, Marketing Class, NLP dan seminar yang mana kebanyakan nya secara percuma. Jika berbayar pun yuran yang dikenakan sgt berpatutan dan berbaloi hasilnya.


Selain sesi coaching di HQ, kita ada Group khas di FB dan whatsapp utk bimbingan, tips dan share testimoni serta perkongsian ilmu untuk meningkatkan SALE anda. In shaa Allah, Tuan/Puan tidak akan dibiarkan keseorangan kerana kami bergerak dalam berpasukan dan berkumpulan.


Di samping itu Tuan/Puan berpeluang mendekati dgn tokoh agama seperti Ustaz Haslin (Ustaz Bollywood) serta yang lain untuk santapan pengisian rohani kita.


Tuan/Puan digalakkan berfikir serta menunaikan Solat Ishtiqarah sebelum membuat keputusan untuk menyertai jemaah kami.


Terdapat 3 pakej yang anda boleh pilih untuk menjadi RANIA

Pakej millenia:
2 Qaseh gold adinda (34 nm)
1 Qaseh goldkekanda(17nm)
1 Qaseh gold junior (10nm)
1 Qaseh gold premier (25nm)
2 Qaseh Gojes (60nm)
2 mineral sole (20nm)
Keahlian kit (10nm)

Total: RM 712 (176nm)



Pakej Bajet Niaga
5 Qaseh gold adinda (85nm)
5 Qaseh gold kekanda (85nm)
Keahlian kit (10nm)

Total RM 690(180nm)



Pakej Anggun
6 Qaseh Gojes (180nm)
Sales kit
Total rm726



Ramai dropship kami yang telah mendaftar sebagai rakaniaga apabila bisnes mereka berkembang maju.

Ingin bersama kami memartabatkan makanan sunnah, hubungi saya di fb atau fanpage. Anda juga boleh hubungi saya di no. 019-9195693

Tuesday 15 September 2015

Hatinya Dilembutkan Dengan Kasih Sayang

Entri 11

Teks: Norul Khairiah Idris
Foto: Carian Google

Hari ini, seperti biasa rutinku selepas menyiapkan makan tengahari, berehat bersama anak-anak sambil menonton rancangan temubual bersama muallaf yang mula mengenali Islam.

Mengikuti cerita muallaf yang dilembutkan hati-hati mereka untuk memeluk Islam sangat mengujakan. Menyelami pengalaman mereka yang indah buat aku meyakini bahawa Islam adalah benar merupakan fitrah setiap manusia. Pada suatu ketika yang ditentukan-Nya, dengan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh seorang muslim yang lain, seseorang itu kembali kepada fitrah asal dengan tenang.

Dalam episod kali ini, muallaf bernama Karem (saya lupa nama asalnya) bercerita pengalamannya bagaimana dia mula terpikat dengan Islam. Dibesarkan dalam keluarga datuknya yang kuat berpegang dengan Katholik dan ayahnya seorang Protestan menyebabkan mereka hidup dalam perbalahan. Ayahnya yang tidak mahu menjadikan agama sebagai perbalahan dalam keluarga, memberi kebebasan sepenuhnya kepada Karem untuk memilih kepercayaannya.

Meningkat remaja, Karem banyak bergaul dengan rakannya dalam kumpulan pengakap. Rakan-rakannya kerap mengajaknya mengikuti amalan ritual di gereja, namun beliau tidak pernah rasa gembira dan terpikat dengan ajaran agamanya. Namun, dia tetap yakin bahawa Isa itu adalah Nabi utusan Tuhan. Ada beberapa pandangan yang dia tidak bersetuju menjadikan hatinya sentiasa bertanya apakah agama yang benar untuk manusia.

Diringkaskan cerita, detik bagaimana dia mula mengenali Islam lebih dekat apabila pada suatu hari di sebuah kedai. Pemilik kedai sedang membaca al-Quran. Apabila Karem masuk, pemilik kedai itu memberhentikan bacaannya dan bertanya " Ya encik, mahu beli telefon bimbit?" . Karem senyum, seolah terlupa tujuannya ke kedai itu. Terus Karem bertanya kembali "Apa yang tuan baca tadi?". "oohh..ini al-Quran.". Karem menambah "teruskan bacaan tuan". Pada masa itu, Karem tidak berhajat untuk memahami al-Quran sekadar menghormati pemilik kedai yang sedang khusyuk membaca ayat-ayat dari al-Quran.

Seusai menghabskan bacaannya, pemilik kedai itu lantas mengajak Karem pergi ke seberang jalan. Karem mengikuti sekadar memenuhi pelawaan dari kawan baru. Apabila sampai di sebuah kedai, pemilik itu membeli al-Quran lantas memberikannya kepada Karem. Karem terkejut lantas menolak kerana merasakan dia bukan siapa-siapa untuk dibelikan suatu yang berharga seperti itu. Kawan barunya itu lantas meletakkan al-Quran dalam genggaman Karem dan berkata "Ambillah, mungkin satu hari nanti kamu perlukannya. Dia tidak mampu menolak melihat kawan muslimnya itu benar-banar ingin menghadiahkan "cenderahati" itu kepadanya.

Kemudian mereka berjalan-jalan lagi, dan pemilik kedai tadi mempelawanya makan bersama. Bagaikan telah wujud kemesraan Karem menerima pelawaan itu dan menyambung perbualan namun tidak menyentuh tentang Islam. Selesi makan, sekali lagi kawan muslimnya membayar bil mereka. Terbit satu perasaan luarbiasa apabila Karem mula jatuh cinta dengan Islam. Betapa mereka tidak mengenali satu sama lain, kawan yang baru dikenalinya itu melayannya lebih daripada saudara. Dan hatinya bertanya "Adakah ini Islam?" Kemudian selepas mengucapkan terima kasih, mereka meminta diri untuk pulang.

Bermula detik itu, Karem mula berjinak-jinak pergi ke masjid. Bukan untuk solat tetapi ingin melihat suasana orang Islam di masjid. Karem sangat terpegun melihat mereka yang Muslim datang dari pelbagai bangsa dan waarna kulit solat bersama-sama.

Beberapa kali pergi ke masjid, suatu hari Imam masjid datang menegur Karem di belakang jemaah. Mungkin melihat Karem selalu datang ke masjid tapi tidak bersolat menimbulkan tanda tanya kepada Imam. Kemudian bermulalah Imam menerangkan rukun Islam yang menjadi pegangan setiap mukmin.

Di akhir perbualan, Imam bertanya "Adakah kamu telah bersedia menerima Islam?' Dengan yakin Karem menjawab dia sudah bersedia. Namun seketika, dia merasa ragu-ragu sehinggalah Imam melafazkan "Asyhadu " dan dia mengikutinya hingga ke akhir lafaz kalimah syahadah, hatinya terus lapang. Bagaikan mendapat sinar baru dalam hidup, Karem merasa seoalh-olah inilah yang dicarinya selama ini.

Dan bermulalah kehidupan Karem yang lebih bahagia dan tenang sehingga dia yakin bahawa dia telah kembali kepada fitrah sebenar.

Kemudian, beliau menyambung pengajian dalam bidang bahasa dan berusaha mendalami bahasa Arab untuk mendalami Al-Quran dengan lebih baik. Dia juga telah menyambung PhD dalam sejarah Islam kerana mahu memberi kefahaman kepada mereka yang lain bahawa Islam adalah agama perdamaian dan kasih-sayang.

Alhamdulillah, begitulah cerita Karem seorang muallaf yang menemui Islam dengan akhlak seorang muslim yang melahirkan kasih sayang walaupun berlainan kepercayaan.

Cerita di atas di antara pengalaman yang menjadi iktibar buat diriku bahawa Islam itu dizahirkan dengan akhlak yang mulia. Dan itulah juga perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W, bahawa baginda diutus untuk menyempurnakan akhlak ummatnya. Perbualan di atas saya petik dari apa yang diceritakan oleh Karem sendiri dan saya ringkaskan.

Alhamdulillah, azan Maghrib sudah pun berkumandang. Tiba masa untuk bersiap menyahut panggilan Ilahi. Sehingga bertemu lagi. Saya doakan kita semua sentiasa dalam petunjuk dan hidayah Yang Esa.
Wassalamualaikum warahmatullahi waBarakatuh.

Sunday 13 September 2015

Teman Kesihatan Wanita

Entri 10

Teks: Norul Khairiah Idris
Foto: Norul Khairiah Idris

TEMAN KESIHATAN YANG HEBAT
________________________________

Dalam menjalani tugas harian, ada ketikanya kita akan terasa:

> SANGAT LETIH
> SANGAT PENAT
> TIDAK DAPAT FOKUS
> TIDAK DAPAT LAYAN ANAK DENGAN SEMPURNA
> BEBAN TUGAS BERTAMBAH
> STRESS
> EMOSI TERGANGGU
> TIDAK BERSEMANGAT
> MURUNG
> GASTRIK
> MIGRAIN

Dan macam-macam lagi RASA yang tidak enak. Pernahkan anda semak, apakah teman kesihatan anda iaitu makanan pelengkap untuk membantu anda menjalani tugasan harian dengan lebih baik?

Di usia yang semakin meningkat,selain pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat, setiap wanita perlukan makanan pelengkap yang diamalkan secara konsisten agar "teman yang hebat" itu dapat menyokong kesihatan anda setiap hari.

Ramai ibu-ibu hebat telah menjadikan Qaseh Adinda sebagai teman yang perlu dibawa ke mana sahaja dan diamalkan bagi memenuhi keperluan wanita.

Qaseh Adinda memahami kehendak wanita untuk tampil sihat,ceria,bertenaga,kurangkan stress,bahagia dan ceria.Maka, adalah penting anda bijak mencari makanan pelengkap yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan minda.


Qaseh Adinda mengandungi makanan sunnah terbaik:

+ KURMA
+ MADU
+ BUAH TIIN
+ MINYAK ZAITUN
+ AIR ZAMZAM
+ DELIMA
+ HABBATUSSAUDA

serta herba terpilih:
+ MANJAKANI
+ PEGAGA
+ SIREH
+ ZA'FARAN
+ GINGKO BILOBA
+ MARKISA

Kesemua bahan ini adalah tinggi:
~ANTI BAKTERIA
~ANTI OKSIDAN
~NUTRIEN

Untuk MEMBANTU mempertingkatkan KOMPONEN kesihatan yang Optimum:
* MINDA
* TENAGA
* SITEM IMUN
* EMOSI
* SISTEM TUBUH

Apabila kelima-lima komponen ini sihat, maka ANDA dapat tampil sihat, cergas, ceria dan hebat.

Amalkan dua sudu pagi sebelum sarapan dan dua sudu pagi sebelum tidur secara konsisten dan niat untuk sihat. Esok, bangun pagi anda akan Lebih Sihat, Lebih Ceria, Lebih Tenang, Lebih Ceria berkat dari pilihan makanan sunnah yang diperakui khasiatnya oleh pakar dan umum.

Hubungi kami Hari Ini:
WA 019-9195693
WA 019-9195693
WA 019-9195693

Anda boleh ketahui lebih lanjut kelebihan Qaseh adinda di page saya: https://www.facebook.com/QasehSunnahdiet. Selamat berqaseh.

Bila hendak mula? Hari inilah, jangan bertangguh lagi kerana KESIHATAN itu adalah KEKAYAAN.

Friday 11 September 2015

Kurma Untuk Ibu Yang Hebat

Entri 9

Foto : NORUL KHAIRIAH IDRIS
Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS

Assalamualaikum buat saudara dan sahabat yang positif. Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya.

Baru-baru ini, hangat diperbincangkan isu susu ibu apabila dibahaskan kaitannya dengan DNA.

Ramai yang tampil memberi pendapat, dan tidak kurang yang melahirkan rasa tidak setuju dengan perbincangan panel.

Namun, coretan saya kali ini, tidak lah ingin membahaskan lagi isu itu. Yang penting setiap ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anak.

Alhamdulillah, antara tanda rahmat dan kebesaran Allah, Dia mengurniakan rezeki kepada bayi yang baru lahir,susu ibunya. Diakui susu ibu adalah yang terbaik untuk setiap bayi yang baru lahir.

Jika kita mengambil iktibar dari sejarah, Siti Hajar diuji Allah berada di padang pasir yang kontang dari sumber makanan dan air. Sehinggalah siti Hajar mendapat ilham untuk berulang alik di antara Safa dan Marwah demi mencari air demi anaknya Nabi Ismail. Dan pada masa itu Siti Hajar hanya bergantung dengan apa yang ada padanya.

Susu ibu, adalah yang terbaik untuk memberikan bayi zat dan khasiat terbaik serta sesuai untuk sistem penghadaman mereka. Jika kita menghadapi kekangan,jangan berputus-asa untuk memberi mereka anugerah ini, berusahalah dan berikhtiarlah untuk memaksimumkan tempoh penyusuan bayi anda.

Kita boleh berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang lain. InshaAllah, banyak tips dan ilmu yang boleh kita dapati daripada perkongsian cerita ibu-ibu yang lain.

Bahan bacaan ilmiah juga boleh membantu. Buku tips penyusuan, penjagaan bayi dan lain-lain akan dapat memberi kita lebih pencerahan.

Alhamdulillah,saya dipertemukan dengan qaseh gold adinda. Dengan formulasi makanan sunnah yang lengkap untuk membantu penyusuan ibu, saya berjaya menyempurnakan tempoh penyusuan Aisyah selama dua tahun. Berbaloi untuk mengamalkan makanan sunnah.

Oleh itu, saya gembira untuk berkongsi dengan ibu-ibu kebaikan mengamalkan kurma sepanjang kehamilan sehingga tempoh penyusuan.

ANTARA KEBAIKAN & KHASIAT QASEH GOLD ADINDA

:: Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
:: Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
:: Menyegarkan badan dan mengurangi rasa mengantuk
:: Menghilangkan letih lesu badan
:: Mengatur tekanan darah dan melancarkan pengaliran
:: Membantu memberi ketahanan badan dari penyakit seperti kardiovaskular dan kanser
:: Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migraine
:: Menghalang makan berlebihan dengan mengurangi rasa lapar serta selera makan
:: Mengandungi anti oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas
:: Memberi tenaga sepanjang harian
:: Merawat 1001 jenis penyakit
:: Cara pengambilan yg mudah 2 sudu pagi semasa perut kosong dan 2 sudu malam sblm tidur..
:: Diikuti dengan niat...

Inilah teman kesihatan kami.

Sebarang pertanyaan dan bersedia meletopkan lagi pengalaman penyusuan anda,hubungi kami di fanpage @sms/whatsapp 0199195693

Tuesday 8 September 2015

Telekung Pertama Buat Aisyah

Entri 8

Teks : NORUL KHAIRIAH IDRIS

Bismillahirrahmanirrahim. 

Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda serta para sahabat yang tercinta. Setiap kali menyebut nama baginda dengan setulus ingatan, airmata rindu pasti bertamu. 

Tiada harta yang lebih berharga melebihi ilmu yang bermanfaat. Ilmu menjadikan kita orang yang faham,ilmu akan menjadikan kita orang yang mahir.

Mengimbau kenangan lama, Alhamdulillah, gesaan ummi supaya mengikuti kelas jahitan lebih kurang 10 tahun yang lalu, kini benar-benar memberi "kepuasan" yang tidak dapat digambarkan bila mampu jahitkan baju iman, tudung, telekung dan seluar comel untuk aisyah.

Alhamdulillah berjaya menyiapkan telekung dan tudung untuk aisyah sebelum Aidilfitri tempoh hari. Seronok bila lihat anakanda mengenakan telekung solatnya bila kami solat berjemaah. 


Dan sudah pasti Ummi juga adalah insan terawal yang dapat hadiah hasil jahitanku. 

Sangat bersyukur dan berterima kasih dengan ilmu yang kak Aishah (cikgu jahitan) turunkan.

Kelas berjalan lebih kurang sebulan..Dan yuran pada masa tu hanya Rm5. Memang rasa kerdil diri dibandingkan dengan keikhlasan cikgu aishah menurunkan ilmunya. Katanya mahu bantu lebih ramai buat bisnes dengan kemahiran jahitan.

Kini,ilmu dari cikgu Aishah mama hadiahkan pula buat Aisyah. Alhamdulillah inilah, antara hasil yang tulus dari ibu yang masih bertatih menjahit untuk anak-anaknya. Semoga, selepas ini, kemahiran dapat diasah dan jahitan yang lebih baik dapat dihasilkan. Amin.


Monday 7 September 2015

Belajar dan Terus Belajar

Entri 7

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS

Untuk menjadi orang yang berjaya, kita perlu terus belajar. 

Tidak ada istilah "saya sudah habis belajar". 

Walaupun akui telah menamatkan pengajian di institusi pendidikan, tidak dinafikan, setiap masa ilmu sangat penting untuk terus melengkapkan diri ini ke arah yang lebih baik.

Sebagai isteri dan ibu, setiap kali menimba ilmu, akan ada ilmu baru bagi saya menyebabkan saya sedar bahawa banyak lagi yang saya belum tahu. Maka bermulalah, usaha untuk meningkatkan ilmu hari demi hari sama ada ilmu keibubapaan, motivasi diri, ilmu masakan dan jahitan, berkebun dan lain-lain ilmu untuk dijadikan panduan yang berguna. 

Alhamdulillah, kini peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu terbentang luas. Program di televisyen terutamanya melalui rangkaian Tv al-Hijrah tidak putus-putus "menghidangkan" juadah rohani yang memberi ilmu berguna untuk setiap lapisan masyarakat. Mengambil kata-kata daripada Robin Sharma, kita tidak akan berubah sehingga kita mulakan langkah. Oleh itu,teruskanlah belajar untuk memperbaiki diri.


Dan, untuk tidak melepaskan peluang mengikuti majlis ilmu ini, walaupun berada di rumah,sambil-sambil kupas bawang, lipat baju kita juga boleh tambah ilmu. 

Untuk memastikan kita fokus ketika berada dalam majlis ilmu di rumah, ibu-ibu boleh amalkan tips ini:

1. JADUAL MAJLIS ILMU
Siapkan jadual rangkaian majlis ilmu dengan menyenaraikan Rancangan, Rangkaian televisyen dan Waktu siaran. Dengan itu, kita boleh bersedia lebih awal untuk duduk mengikuti majlis ilmu. Nanti,takdelah terlepas siaran dalam kesibukan menjalankan tugasan lain.

2. SIAPKAN KERJA UTAMA LEBIH AWAL
Haa..kerja-kerja utama seperti sediakan sarapan, menu tengahari perlulah disiapkan terlebih dahulu untuk elakkan fokus kita terganggu. Kalau kita tengah menggoreng, tengok pula rancangan kegemaran di Wanita Hari Ini, kalau terlebih khusyuk, nanti hangus pula ikan di dapur. :0

3. SEDIAKAN NOTA KECIL
Nota kecil sangat berguna untuk dibawa ke mana-mana. Sikap suka mencatat apa jua ilmu baru wajar dijadikan kelaziman agar nanti dapat ulangkaji semula apabila kita terlupa. Mudah pula untuk kita jadikan diari untuk kita kongsi dengan teman dan saudara.

InshaAllah, jika setiap hari kita sentiasa mencari peluang untuk menambah ilmu, kita dapat membina aura dan potensi positif daripada ilmu berguna. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberi petunjuk untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari.






Sunday 6 September 2015

Mudahnya Amalkan Sunnah

Entri 6

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto:  NORUL KHAIRIAH IDRIS

Assalamualaikum mommies semua. 

Alhamdulillah, syukur di hari minggu bila dapat meluangkan masa bersama keluarga. Sebagai ibu dan isteri, tiada yang lebih membahagiakan bagi saya melebihi melihat ahli keluarga sihat, ceria dan bahagia. 

Hari ni, Nor nak share tips yang dikongsi oleh pakar motivasi Dr Fadzilah Kamsah bagaimana kita semua boleh amalkan untuk membina keluarga bahagia. Sesungguhnya, kebahagiaan itu tidak datang sendiri. Ia perlu dipupuk disemai bersama-sama.

Sebagai hambaNya, panjatkanlah setiap saat agar Dia sentiasa mengurniakan mawaddah wa rahmah dalam keluarga kita.

Saya doakan anda semua menemui kebahagiaan anda semua. Sesungguhnya apa yang kita miliki hari ini adalah kerana kurniaan daripada Allah S.W.T. 

Semoga tips ini dapat kita ambil manfaat bersama. Selamat beramal mommies yang hebat semua:


50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah:

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.


26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Kebanyakan tips di atas, banyak ditujukan kepada suami kan. Namun, sebagai isteri yang sentiasa mahu menjadi teman terbaik buat suami, kita juga perlu berusaha melakukan perkara yang suami sukai. Insha Allah jika kita sama-sama berusaha memberi yang terbaik, Allah akan ganjarkan setiap keikhlasan kita.

Inilah keluarga kecil saya. Abah Mama, abang Iman dan adik aisyah (yang lebih manja dipanggil ecah) hehe. Sampai di sini dulu ye mommies semua. InshaAllah hingga bertemu lagi. 


                                               

Thursday 3 September 2015

Jelajah Masjid

Entri 4

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: CARIAN GOOGLE

Jelajah Merdeka
=============

Sempena Merdeka, kebetulan waktu ini kami sekeluarga berada di Penang. Apabila masuk waktu solat maghrib, kami berhenti solat dan melihat keindahan rumah Allah di sini.

Justeru, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi sejarah sebuah masjid yang cantik berdekatan padang Kota Lama Penang.

Alhamdulillah, Malaysia masih aman dan makmur.

Inilah salah sebuah masjid di Pulau Pinang Masjid Kapitan Keling.

-masjid ini dinamakan kapitan keling kerana masjid ini diasaskan oleh sekumpulan tentera British yang berasal dari India.


-Kapitan pula bermaksud Kapten. Hari ini, dapat ilmu baru bahawa kapitan itu rupanya bermaksud Kapten.

Sebelum ni,pernah makan di restoran kapitan berdekatan masjid ini, tak tahu pula kapitan itu dirujuk kepada kapten.

Belajar tentang sejarah hari ini. Tentu besar maknanya sejarah penubuhan masjid ini kepada warga penduduk di sini.

Alhamdulillah, di Malaysia hampir di setiap daerah terdapat masjid. Ini memudahkan mereka yang bermusafir untuk singgah solat dan berehat.

Ini dia Masjid Kapitan Keling. Cantik kan?

21 Formula Hidup Luar Biasa

Entri 5

NAK MINTA NASIHAT BISNES PALING JUJUR? INI DIA :
.
Pagi2 buka fb, ada seorang pm minta nasihat saya tentang bisnes. Dia masih bekerja tapi sedang menimbang utk berhenti & join bisnes.

Selalunya saya akan kongsikan point-point 'baik' seperti :
- bisnes ada freedom.
- lubuk kekayaan
- anda tentukan gaji sendiri dll

Tapi kali ini saya kongsikan REAL fact. Tidak mahu selindung-selindung lagi. Ketahuilah bila masuk bisnes terutamanya 3 tahun pertama, mengambilkira kita kurang pengalaman & kurang ilmu, ini REALITI yg bakal anda lalui :
- hujung bulan, tiada siapa yg akan hulur duit bayar bil & ansuran rumah anda. No money hujung bulan as usual. So kita must plan dari awal bulan utk itu.
- No more 'sabtu ahad' hari cuti atau kerja 8-5 sahaja. Bisnes kena aktif tiap-tiap hari. Pagi hingga tengah malam.
- Jika waktu kerja anda fikir dah banyak kerja, bila masuk bisnes anda akan berhadapan lagi banyak kerja. 10 KALI GANDA.
- Tekanan? Ya ada dan sangat tinggi, sebab dulu anda hanya fikir nak bayar bil sensorang, kini anda akan fikir bil orang lain (gaji pekerja).
- Anda nak berbisnes sebab nak rileks? Jangan harap. Disini anda perlu menguras tenaga 120%. Anda perlu luarbiasa kreatif. Anda perlu luarbiasa open kpd semua orang. Anda perlu luarbiasa tabah & sabar.
- Kalau anda jarang berdoa, kurang jaga solat, kurang berzikir, bisnes anda lebih mudah melingkut kerana 'wifi' anda dengan Maha pembuka rezeki selalu sangkut.
Ini realitinya. Tak percaya, tanya otai-otai bisnes.

Tips ini hanya akan valid jika anda nak bisnes berjaya. Kalau anda masuk bisnes atas mentaliti nak melingkup pada hujungnya atau mentaliti 'so-so', jangan percaya tips di atas.

Even, jangan masuk bisnes jika anda tak prepare mental & fizikal berdasarkan point di atas. Jika tidak anda pasti kecewa, sama seperti beratus ribu yg lain yg masuk bisnes & kemudiannya melingkup.

Sebab mereka fikir, masuk bisnes nak rileks & jadi boss!
Mereka tak perasan, dalam bisnes kita kuli nombor 1.

Cuma berita baiknya, boss kita luarbiasa : Tuhan.
Thats why Dr. Azizan Osman & saya tulis buku Hidup Luarbiasa. Nak betulkan alignment dalaman dulu sblm betulkan ilmu luaran. Selalunya orang yg betul pemikiran (ada syukur, sabar redha tawakkal doa sujud dll), bisnesnya pasti mantap.

Sebab dalamanlah yg mencerminkan luaran.
(Us Mohammad Asraff Ayob)





Dapatkan Buku 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA
Betulkan alignment dalaman baru betulkan ilmu luaran.
Hanya RM45 senaskah (semenjung/ ss) 
siap dengan poster dan tandatangan ustaz Asraff Ayob
Boleh pm saya Norul Khairiah Idris untuk pembelian ya.
Untuk yang minat dropship juga dialu-alukan.

Tuesday 1 September 2015

Terus Berjiwa Merdeka

Entri 3

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: CARIAN GOOGLE

Assalamualaikum semua.

Salam MERDEKA! Salam MERDEKA! Salam MERDEKA!


Selamat datang bulan baru,bulan merdeka. Ogos dan September memberi erti yang besar kepada rakyat Malaysia yang cintakan kemerdekaan.

Menjadi suatu tarikh yang diingati oleh semua dengan nyanyian lagu merdeka alunan arwah Tan Sri Sudirman.

Apakah erti merdeka kepada anda? Tentu bila ditanya makna merdeka, kita semua ada pandangan tersendiri erti merdeka pada kita. Jika ditanya pada ibuayah, mungkin merdeka bagi mereka apabila dapat memiliki kebebasan masa dan kewangan. Dapat terus membina kerjaya dan dapat bersama keluarga tanpa merasa bimbang dengan kewangan. Mungkin juga merdeka pada sesetengah orang apabila semua bangsa dapat bersatu di bawah kepimpinan yang baik. Atau juga merdeka apabila kita dapat melakukan apa yang kita mahu dan menyuarakan suara dan hak kita. Dan pelbagai lagi pandangan yang memberi erti sebuah kemerdekaan pada sudut pandangan masing-masing.

Jika kita bertanya pada remaja pula,tentu erti kemerdekaan bagi mereka berbeza dengan orang dewasa. Walaupun dalam pembelajaran telah diterapkan apa erti merdeka, ya mungkin jawapan yang mengikut buku belum tentu menggambarkan pandangan sebenar mereka tentang merdeka.

Bagi anak-anak kecil pula, merdeka ialah apabila bendera Malaysia dikibarkan di sekolah-sekolah,bercuti dengan ibuayah untuk keluar menyambut hari Merdeka di dataran merdeka. Bagi yang jauh dari Kuala Lumpur, mungkin merdeka bagi mereka ialah apabila di televisyen mereka lihat sambutan Hari Kebangsaan yang meriah dengan pelbagai acara. 

Walau berbezanya pandangan kita tentang erti merdeka, pasti satu yang paling kita inginkan ialah sebuah negara yang aman dan harmoni. Namun sejauh mana kita menghayati erti merdeka yang sebenar. Pandanglah sekeliling kita. keluarga kita dan bertanya lah pada diri adakah kita benar-benar berjiwa merdeka. Maka,menjadi tanggungjawab seluruh warga Malaysia untuk mengekalkan kemerdekaan yang sebenar.

Selamat Hari Merdeka semua. !