Pages

Sunday 8 November 2015

Rawat Gastrik dengan Pemakanan Sunnah

Entri 31

[ Anda penghidap gastrik? ]

Jom..ketahui punca-puncanya..

Bagaimana penyakit gastrik terjadi ?

TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ulser. Dan hanya satu cara menyembuhkan ulser iaitu melalui pembedahan. Risau pula mendengarnya.

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghadam bahan-bahan makanan.

Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghadam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghadamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging.

Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.

 Adakah pesakit gastrik tidak boleh sembuh ?
_______________________________________________

Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul.


“Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.

Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit.

Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat mejoritinya disebabkan oleh , amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok. Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik.

Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.

Rawat gastrik dan berikhtiar memperbaiki corak pemakanan. Amalkan #qasehgold untuk ikhtiar sihat tanpa ubat.



WA》 019.919.5693

No comments:

Post a Comment