Pages

Monday 7 September 2015

Belajar dan Terus Belajar

Entri 7

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS

Untuk menjadi orang yang berjaya, kita perlu terus belajar. 

Tidak ada istilah "saya sudah habis belajar". 

Walaupun akui telah menamatkan pengajian di institusi pendidikan, tidak dinafikan, setiap masa ilmu sangat penting untuk terus melengkapkan diri ini ke arah yang lebih baik.

Sebagai isteri dan ibu, setiap kali menimba ilmu, akan ada ilmu baru bagi saya menyebabkan saya sedar bahawa banyak lagi yang saya belum tahu. Maka bermulalah, usaha untuk meningkatkan ilmu hari demi hari sama ada ilmu keibubapaan, motivasi diri, ilmu masakan dan jahitan, berkebun dan lain-lain ilmu untuk dijadikan panduan yang berguna. 

Alhamdulillah, kini peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu terbentang luas. Program di televisyen terutamanya melalui rangkaian Tv al-Hijrah tidak putus-putus "menghidangkan" juadah rohani yang memberi ilmu berguna untuk setiap lapisan masyarakat. Mengambil kata-kata daripada Robin Sharma, kita tidak akan berubah sehingga kita mulakan langkah. Oleh itu,teruskanlah belajar untuk memperbaiki diri.


Dan, untuk tidak melepaskan peluang mengikuti majlis ilmu ini, walaupun berada di rumah,sambil-sambil kupas bawang, lipat baju kita juga boleh tambah ilmu. 

Untuk memastikan kita fokus ketika berada dalam majlis ilmu di rumah, ibu-ibu boleh amalkan tips ini:

1. JADUAL MAJLIS ILMU
Siapkan jadual rangkaian majlis ilmu dengan menyenaraikan Rancangan, Rangkaian televisyen dan Waktu siaran. Dengan itu, kita boleh bersedia lebih awal untuk duduk mengikuti majlis ilmu. Nanti,takdelah terlepas siaran dalam kesibukan menjalankan tugasan lain.

2. SIAPKAN KERJA UTAMA LEBIH AWAL
Haa..kerja-kerja utama seperti sediakan sarapan, menu tengahari perlulah disiapkan terlebih dahulu untuk elakkan fokus kita terganggu. Kalau kita tengah menggoreng, tengok pula rancangan kegemaran di Wanita Hari Ini, kalau terlebih khusyuk, nanti hangus pula ikan di dapur. :0

3. SEDIAKAN NOTA KECIL
Nota kecil sangat berguna untuk dibawa ke mana-mana. Sikap suka mencatat apa jua ilmu baru wajar dijadikan kelaziman agar nanti dapat ulangkaji semula apabila kita terlupa. Mudah pula untuk kita jadikan diari untuk kita kongsi dengan teman dan saudara.

InshaAllah, jika setiap hari kita sentiasa mencari peluang untuk menambah ilmu, kita dapat membina aura dan potensi positif daripada ilmu berguna. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberi petunjuk untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari.






No comments:

Post a Comment