Pages

Tuesday 1 September 2015

Terus Berjiwa Merdeka

Entri 3

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: CARIAN GOOGLE

Assalamualaikum semua.

Salam MERDEKA! Salam MERDEKA! Salam MERDEKA!


Selamat datang bulan baru,bulan merdeka. Ogos dan September memberi erti yang besar kepada rakyat Malaysia yang cintakan kemerdekaan.

Menjadi suatu tarikh yang diingati oleh semua dengan nyanyian lagu merdeka alunan arwah Tan Sri Sudirman.

Apakah erti merdeka kepada anda? Tentu bila ditanya makna merdeka, kita semua ada pandangan tersendiri erti merdeka pada kita. Jika ditanya pada ibuayah, mungkin merdeka bagi mereka apabila dapat memiliki kebebasan masa dan kewangan. Dapat terus membina kerjaya dan dapat bersama keluarga tanpa merasa bimbang dengan kewangan. Mungkin juga merdeka pada sesetengah orang apabila semua bangsa dapat bersatu di bawah kepimpinan yang baik. Atau juga merdeka apabila kita dapat melakukan apa yang kita mahu dan menyuarakan suara dan hak kita. Dan pelbagai lagi pandangan yang memberi erti sebuah kemerdekaan pada sudut pandangan masing-masing.

Jika kita bertanya pada remaja pula,tentu erti kemerdekaan bagi mereka berbeza dengan orang dewasa. Walaupun dalam pembelajaran telah diterapkan apa erti merdeka, ya mungkin jawapan yang mengikut buku belum tentu menggambarkan pandangan sebenar mereka tentang merdeka.

Bagi anak-anak kecil pula, merdeka ialah apabila bendera Malaysia dikibarkan di sekolah-sekolah,bercuti dengan ibuayah untuk keluar menyambut hari Merdeka di dataran merdeka. Bagi yang jauh dari Kuala Lumpur, mungkin merdeka bagi mereka ialah apabila di televisyen mereka lihat sambutan Hari Kebangsaan yang meriah dengan pelbagai acara. 

Walau berbezanya pandangan kita tentang erti merdeka, pasti satu yang paling kita inginkan ialah sebuah negara yang aman dan harmoni. Namun sejauh mana kita menghayati erti merdeka yang sebenar. Pandanglah sekeliling kita. keluarga kita dan bertanya lah pada diri adakah kita benar-benar berjiwa merdeka. Maka,menjadi tanggungjawab seluruh warga Malaysia untuk mengekalkan kemerdekaan yang sebenar.

Selamat Hari Merdeka semua. !

No comments:

Post a Comment