Pages

Saturday, 3 October 2015

Hebatnya kurma kurniaan Ilahi

Entri 17

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: Google

Assalamualaikum..

Hari ni nak share satu rahsia pengambilan makanan sunnah.

Artikal ini di tulis oleh Wirdatul Jannah Mohamad dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Jom baca,.. Semoga bermanfaat.

Masa berganti hari, minggu berganti bulan dan tahun.Tanpa disedari, fenomena pengambilan makanan yang kurang baik untuk kesihatan semakin berleluasa. Adakah ini menunjukkan kita lupa dan alpa akan makanan Sunnah junjungan kita Muhammad SAW? Yang penuh dengan khasiat tersirat dan baik untuk kesihatan serta pelancaran organ dalaman.Kadangkala kita sering leka dan tidak mengambil peduli terhadap makanan yang diambil. Tidak menilai dari aspek kualiti dan kesannya kepada diri yang akan menempuh kehidupan yang kita sendiri tidak tahu pelbagai mehnah dan ujian menanti di hadapan.

Terfikirkah kita, apakah rahsia disebalik khazanah berharga ini?Ya,mungkin ramai juga yang mengamalkan pengambilan makanan Sunnah ini tetapi tidak ramai yang meneroka dan menyingkap kelebihan serta rahsia disebaliknya. Seperti yang kita ketahui antara makanan Sunnah yang boleh diamalkan dalam pemakanan kehidupan seharian kita adalah seperti Buah Kurma, Kismis, Madu, Buah tin, Buah zaitun, buah delima, buah apricot, kacang badam, za’faran, dan banyak lagi. Kesemua makan Sunnah di atas pula dipecahkan lagi dengan pelbagai jenis dan aneka rasa.Kadangkala dicampurkan makanan tersebut di dalam masakan, kek, air dan juga dimakan begitu sahaja.

Fakta Kelebihan Makanan Sunnah

Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akankelebihan disebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan dan pelancaran peredaran darah.Disamping itu, setiap makanan Sunnah tersebut ada kelebihannya tersendiri.

1. Buah kurma/tamar

Kurma dapat membantu pelancaran proses peredaran darah, mencegah serangan stroke, baik untuk ibu yang hamil dan bersalin.Seperti yang dinyatakan di dalamayat al-Qur’an tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayyidatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Selain itu juga, diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan”.Bahkan buah kurma juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada gangguan syaitan, sihir dan yang seumpama dengannya. Sebagaimana Rasulullah S.A.W telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:”Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.


Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar. Selain itu,membantu merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Selamat beramal.

Thursday, 1 October 2015

Selamat Datang

Entri 16

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto:NORUL KHAIRIAH IDRIS

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam. Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah SWT yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya yang diutus oleh Tuhannya sebagai rahmat bagi seluruh semesta alam.

Setiap hari kita memperkasakan syahadah kita, memohon agar Dia menguatkan jiwa kita setiap saat. Alhamdulillah, kini menulis dan berkongsi jadi lebih mudah bila setiap hari menjenguk blog ku yang baru bermula.

Selamat datang kepada anda yang baru berkunjung ke blog saya. Semoga perkongsian bersama ini dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin mengamalkan makanan sunnah dalam keluarga. 


Blog ini ditulis adalah bertujuan untuk berkongsi dengan rakan-rakan diluar sana tentang makanan/ buah-buahan yang berkhasiat untuk diamalkan harian selain dapat mengubati penyakit. Merujuk dari sabda Rasulullah SAW " Allah tidak menurunkan suatu penyakit kecuali menurunkan (untuknya) ubatnya."


Orang-orang Arab Kuno sangat memperhatikan cara-cara pengubatan dengan membuat ramuan-ramuan tradisional herba dan dengan menggunakan buah-buahan yang sangat mujarab seperti buah kurma, kismis, delima, za'faran, buah tin, buah zaitun dan lain-lain. Ahli pengubatan tradisional Arab adalah Ibnu Sina dan Ibnu Al-Baithar antara tokoh yang terkenal mengamalkan perubatan Islam.


Semoga blog ni dapat memberikan manfaat kepada setiap orang yang membacanya dan meyakini bahawa yang dapat menyembuhkan penyakit adalah hanya Allah SWT.

"MANUSIA BERUSAHA, ALLAH SWT YANG MENYEMBUHKANNYA.
.INSYA-ALLAH."

Berniaga secara berjemaah

Entri 15

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah. Terasa sekejapnya waktu, tahun 2015 sudah pun menganjak ke bulan Oktober.

Saya ketika ini baru sahaja selesai online coaching bersama jemaah Ana Edar. Ini adalah antara faktor utama yang membantu kami rakan niaga Ana Edar untuk terus maju dan berjaya. Melalui kumpulan sokongan ini, kami berpeluang berbincang dan mengatur strategi untuk lebih gigih mencapai matlamat individu dan syarikat.

Kami sentiasa diberi latihan di kelas dan juga coaching secara atas talian (online). Apabila ada perkara berbangkit setiap ahli akan sama-sama membantu dan memberi idea. Jadi, kami tidak ada ruang untuk tidak berusaha.

Bulan september, syarikat mensasarkan untuk menyebarkan lebih banyak manfaat makanan sunnah Qaseh kepada lebih ramai yang memerlukan.

Kesedaran masyarakat kepada pentingnya makananan sunnah perlu sentiasa diterapkan agar manfaat itu dapat disampaikan kepada seluruh ahli masyarakat.

Matlamat syarikat bukanlah sekadar menjual Qaseh tetapi lebih dari itu, mahu masyarakat alami kesan positif daripada amalan pemakanan sunnah. Justeru, membudayakan pemakanan sunnah dalam keluarga.

Sebagaimana Rasulullah S.A.W. sentiasa menggalakkan amalan pemakanan yang halal dan baik dengan menggalakkan amalan makan kurma kepada ibu hamil dan mentahnik bayi yang baru lahir.

InshaAllah, pemakanan yang baik akan membentuk jiwa peribadi yang baik. Tanpa melupakan aspek didikan iman dan akhlak.

Syukur, kini Qaseh gold semakin diterima masyarakat dan mudah diamalkan dalam keluarga.

Saya doakan anda sentiasa sihat, ceria dan bahagia, mensyukuri setiap kurniaan dari Ilahi.

Baiklah, sampai di sini dahulu,coretan saya. Wassalam.