Pages

Thursday 1 October 2015

Selamat Datang

Entri 16

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto:NORUL KHAIRIAH IDRIS

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam. Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah SWT yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya yang diutus oleh Tuhannya sebagai rahmat bagi seluruh semesta alam.

Setiap hari kita memperkasakan syahadah kita, memohon agar Dia menguatkan jiwa kita setiap saat. Alhamdulillah, kini menulis dan berkongsi jadi lebih mudah bila setiap hari menjenguk blog ku yang baru bermula.

Selamat datang kepada anda yang baru berkunjung ke blog saya. Semoga perkongsian bersama ini dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin mengamalkan makanan sunnah dalam keluarga. 


Blog ini ditulis adalah bertujuan untuk berkongsi dengan rakan-rakan diluar sana tentang makanan/ buah-buahan yang berkhasiat untuk diamalkan harian selain dapat mengubati penyakit. Merujuk dari sabda Rasulullah SAW " Allah tidak menurunkan suatu penyakit kecuali menurunkan (untuknya) ubatnya."


Orang-orang Arab Kuno sangat memperhatikan cara-cara pengubatan dengan membuat ramuan-ramuan tradisional herba dan dengan menggunakan buah-buahan yang sangat mujarab seperti buah kurma, kismis, delima, za'faran, buah tin, buah zaitun dan lain-lain. Ahli pengubatan tradisional Arab adalah Ibnu Sina dan Ibnu Al-Baithar antara tokoh yang terkenal mengamalkan perubatan Islam.


Semoga blog ni dapat memberikan manfaat kepada setiap orang yang membacanya dan meyakini bahawa yang dapat menyembuhkan penyakit adalah hanya Allah SWT.

"MANUSIA BERUSAHA, ALLAH SWT YANG MENYEMBUHKANNYA.
.INSYA-ALLAH."

No comments:

Post a Comment