Pages

Monday 12 October 2015

Didik anak sukakan kurma sejak kecil

Entri 21

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS

Alhamdulillah, seronok kan bila anak cenderung memilih makanan yang sihat dan baik. Ibubapa juga gembira bila anak bijak memilih makanan apa yang baik untuknya dan apa yang perlu dielakkan.

Namun, adakah kecenderungan anak itu datang dengan sendiri? Atau apakah persekitaran dan didikan memainkan peranan penting dalam melatih anak-anak mengambil makanan seimbang.

Ramai pakar bersetuju, pemakanan anak-anak banyak dipengaruhi oleh cara pemakanan dalam keluarga. Sama juga seorang anak akan membesar melalui pendedahan persekitaran dalam aspek pertuturan, pemakaian, pergaulan, pemikiran dan lain-lain.

Anak-anak diibaratkan kain putih, menjadi tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat untuk membimbing mereka memilih yang terbaik. Kita sebagai ibubapa tidak selalu bersama mereka, terutamanya apabila mereka sudah memasuki alam persekolahan.

Justeru, penting ibubapa memberi kefahaman dan membantu anak-anak memilih makanan yang sihat untuk tubuh dan minda.

Pengalaman setiap orang pastinya berbeza. Namun, dalam perbezaan itu ada satu persamaan. Ya, kita semua bergelar ibu! Jom kita fokus memberi yang terbaik buat anak-anak.

Hari ini, saya nak kongsi beberapa tips yang saya amalkan dengan bantuan suami untuk kedua-dua anak syurga kami.

Tips 1 : ♡ Amalkan pemakanan sihat sejak kandungan lagi.
Ini sangat penting kerana pembentukan janin bergantung kepada nutrisi pemakanan ibu. InshaAllah ibu yang memerhatikan pilihan makanannya akan melahirkan anak yang sihat jasmani dan rohani. Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan. Dan saya tidak tinggal mengamalkan kurma dan qaseh adinda sebagai pembekal tenaga dan kesihatan ibu dan anak. Kerana saya yakin pasti ada sebab mengapa Rasulullah menyarankan agar suami memberikan isteri-isteri makan kurma ketika hamil. Peranan suami sangat penting untuk menyokong isteri terutamanya ketika isteri melalui alahan.

Tips 2 : ♡ Mentahnikkan bayi anda.
Sebaik sahaja anak dilahirkan, kami akan mentahnikkan di lelangit bayi kami. Dengan cara melembutkan kurma dengan air zam zam dan meletakkan ke hujung jari dan letakkan di lelangit si manja.

Tips 3: ♡ Berusaha berikan susu ibu secara eksklusif sepanjang 6bulan.
Susu ibu bukan sehaja diperakui membekalkan antibodi dan zat kepada si manja tetapi adalah terapi kasih sayang yang dapat melahirkan kasih sayang antara ibu dan anak.

Tips 4: ♡ Pastikan stok kurma,buah tiin,minyak zaitun, dan madu sentiasa ada di rumah.
Makanan ini sangat baik diamalkan setiap hari. Ibu-ibu boleh letakkan di atas meja atau tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak dan ahli keluarga. Secara tidak langsung boleh sentiasa mengingatkan anak-anak untuk ambil nya setiap hari. Saya juga tak lupa letakkan qaseh junior di atas meja. Jadi setiap pagi sebelum ke sekolah, saya akan suapkan Iman qaseh junior. Adakalanya apabila saya terlupa, Iman pula mengingatkan saya yang mamanya belum suapkan qaseh junior. Alhamdulillah, Iman juga sudah sukakan kurma sejak kecil lagi.

Tips 4: ♡ Bawa bekalan air putih/air masak setiap kali keluar rumah atau bekal anak ke sekolah
Ini penting bagi memastikan anak-anak minum air putih yang cukup setiap hari dan mengelakkan mereka minum air manis setiap kali mereka dahaga.

Tips 5: ♡ Sediakan makanan keluarga dengan air tangan sendiri dan jika makan di luar pilih gerai yang bersih dan diyakini halalnya.

5 tips di atas adalah apa yang saya amalkan untuk dikongsikan dengan pembaca tentang amalan saya dalam melatih anak memilih pemakanan yang sihat.

 Peringkat tumbesaran anak-anak pada usia 1 hingga 6 tahun sangt kritikal dan penting. Masa depan mereka terletak pada acuan kita kerana mereka masih mentah untuk membuat keputusan sendiri. Kita lah sebagai ibubapa, yang membentuk mereka dari segi sikap, pemikiran,tingkah laku dan tabiat.

InshaAllah anak-anak yang dibimbing memilih makanan yang sihat dan baik akan seimbang perkembangan fizikal dan rohaninya. Namun jangan lupa juga aspek didikan lain seperti membaca doa sebelum makan, makan dengan tangan kanan dan makan berjemaah.
Iman dan Aisyah yang konsisten amal makanan sunnah

Sekian dulu perkongsian hari ini. Semoga kita beroleh manfaat dengan amalan pemakanan sunnah untuk kesihatan seluruh ahli keluarga kita terutamanya si manja yang sedang membesar.










No comments:

Post a Comment