Pages

Tuesday 6 October 2015

Ulangtahun yang bermakna

Entri 19

Teks: NORUL KHAIRIAH IDRIS
Foto: NORUL KHAIRIAH IDRIS

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran bagi Allah yang Maha Mengurnia. Setiap hari, adalah untuk disyukuri.

Alhamdulillah, 2009 adalah tahun yang bermakna buatku dan suami. Detik di mana kami dijabkabul oleh ayahanda ku yang tercinta Haji Idris bin Che Mat. Antara hadiah berharga apabila ayahanda sendiri mengijabkabul dan merestui perkahwinan kami. Tidak lupa ibunda Hajah Halimah@ Khadijah Ali dengan sepenuh jiwa meredhai perhubungan kami.

Selepas ijabkabul, kami ibarat pasangan yang bercinta jarak jauh. Suami di semenanjung, aku pula di Sarawak.

Tidak juga mudah bagiku, melalui saat di mana menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Namun itu semua tetap menjadi tarbiah yang mematangkan kami suami isteri.

Hari ini, tahun 2015 aku bersyukur setiap detik betapa Allah sentiasa akan berikan yang terbaik selepas tarbiahNya.

  Selamat ulangtahun perkahwinan suamiku Wan Mujtahiddin Muhammad 2009~2015. Selamat Hari Lahir yang terindah 27 September.

Selamat ulang tahun suamiku, mudah mudahan segala cita citamu tercapai, Uhibbuka fillah. Mencintai mengasihi kerana Allah.

Ayang doakan segala mimpi indah kita tercapai, dan seluruh keluarga kita selalu dalam lindungan Allah yang Maha Melimpah Kurnia.

Semoga Panjang Umur dan semoga selalu bahagia untukmu dan untuk keluarga kita, terima kasih menjadi teman yang sentiasa menyokong,menghargai, menyayangi,menerima ayang seadanya. Setiap saat adalah anugerah. Masa yang berlalu baik indah atau sukar, ia tetap menjadi memori terindah buat kita.

Semoga Allah Selalu melimpahkan segala rahmatnya Untuk Kita Semua, Selamat Ulang Tahun Rajaku. Happy Birhtday.

 Selamat Hari Lahir suamiku tercinta, terimakasih kerana setiap saat

♡ mengganti cermin mata ketika ayang rabun
♡ mengganti jam loceng waktu ayang tak terjaga dek keletihan
♡ memimpin ketika hampir jatuh
♡ menegur saat khilaf
♡ menemani di dapur saat tangan ayang da jadi tangan sotong
♡ menyokong sepenuhnya cita-cita ayang
♡ mendidik dengan sabar
♡ dan yang penting memahami ayang

Maaf segala khilaf ayang selama ini. Uhibukka fillah.n berSelamat ulangtahun perkahwinan suamiku Wan Mujtahiddin Muhammad 2009~2015. Selamat Hari Lahir yang terindah 27 September.

Selamat ulang tahun suamiku, mudah mudahan segala cita citamu tercapai, Uhibbuka fillah. Mencintai mengasihi kerana Allah.

Ayang doakan segala mimpi indah kita tercapai, dan seluruh keluarga kita selalu dalam lindungan Allah yang Maha Melimpah Kurnia.

Semoga Panjang Umur dan semoga selalu bahagia untukmu dan untuk keluarga kita, terima kasih menjadi teman yang sentiasa menyokong,menghargai, menyayangi,menerima ayang seadanya. Setiap saat adalah anugerah. Masa yang berlalu baik indah atau sukar, ia tetap menjadi memori terindah buat kita.

Semoga Allah Selalu melimpahkan segala rahmatnya Untuk Kita Semua, Selamat Ulang Tahun Rajaku. Happy Birhtday.

 Selamat Hari Lahir suamiku tercinta, terimakasih kerana setiap saat

♡ mengganti cermin mata ketika ayang rabun
♡ mengganti jam loceng waktu ayang tak terjaga dek keletihan
♡ memimpin ketika hampir jatuh
♡ menegur saat khilaf
♡ menemani di dapur saat tangan ayang da jadi tangan sotong
♡ menyokong sepenuhnya cita-cita ayang
♡ mendidik dengan sabar
♡ dan yang penting memahami ayang

Maaf segala khilaf ayang selama ini. Uhibukka fillah.



No comments:

Post a Comment